Published On: Mon, Jun 24th, 2013

Tayar berkualiti lancarkan perjalanan

TOYO TYRE (M) Sdn Bhd menjangka meningkatkan pengeluaran tahunan kepada 5 juta unit pada 2015, berikutan siapnya kemudahan pengeluaran perdana yang baharu di Taiping. Kemudahan itu akan melakukan pengeluaran awal dengan 2.5 juta tayar.

Malaysia adalah lokasi strategik kepada pelan pengembangan global Toyo Tire bagi membekalkan 45 juta tayar kepada dunia pada 2015. Kemudahan itu, yang dibina melalui pelaburan RM800 juta di atas tapak 59.89 hektar, juga disasarkan menjadi yang terbesar di luar Jepun.

Daripada sasaran 45 juta tayar, 26 juta akan dibekalkan ke Jepun, 12.5 juta ke Asia dan 6.5 juta ke Amerika Utara. Kilang pengeluaran Toyo Tire di China, yang disiapkan pada 2011, mengeluarkan 2 juta tayar manakala kemudahan Malaysia yang baharu itu akan mengeluarkan 5 juta tayar menjelang 2015.

Malaysia akan menjadi batu loncatan utama dan strategi bagi pertumbuhan kami di Asia. Kilang pengeluaran baharu itu akan menggunakan sistem pengeluaran baharu dan canggih, dinamakan Modul Operasi Tayar Canggih (Atom). Toyo Tyre Malaysia, menguasai tiga peratus pasaran.

Kit Loong Tyre

Jenama kami secara rasmi mengumumkan formula baru dalam pengurusan tayar iaitu KL Sigma. Kami yakin Sigma Formula KL boleh bekerja untuk memberikan hasil yang berkesan bagi penyelesaian pengurusan tayar profesional, berdasarkan kualiti produk.

Kumpulan KLCT adalah ahli Kit Loong Tyre Group, organisasi tayar, berpengalaman 82 tahun dalam industri tayar di Malaysia. Kit Loong Tyre Group adalah pemain utama dalam kedua-dua tayar komersil dan pasaran tayar kereta penumpang.

Syarikat juga mempunyai pengalaman meluas dalam industri ini dengan rekod prestasi yang terbukti dalam hampir semua aspek industri tayar, termasuk pembuatan getah kompaun, celup, tayar produk pengedaran, rantaian bekalan pengurusan, operasi peruncitan dan pembangunan rangkaian serta nilai tambah penyampaian perkhidmatan.

Kami menyediakan satu penyelesaian perkhidmatan total untuk semua, kecekapan operasi dan kelebihan daya
saing.

Kit Loong Tyre adalah pengedar utama tayar kereta penumpang dan tayar trak ringan di Malaysia. Hak pengedaran kami termasuk jenama global, iaitu Pirelli, Cooper, Corsa dan Strada.

Michelin

Michelin bukannya satu jenama asing sebagai pengeluar tayar terkemuka dunia. Jenama ini berasal dari Perancis dan mempunyai pengeluaran yang pelbagai.

Satu daripada pengeluarannya, 36 tahun menapak dalam dunia perlumbaan MotoGP untuk tayar dua roda. Sepanjang penglibatan Michelin dalam arena dunia perlumbaan, syarikat itu berjaya membangunkan teknologi tayar termaju seperti Radial, Silica dan Dual-Rubber dan kompaun getah sintetik untuk tayar motosikal.

Sejak itu, jenama tayar ini memberi fokus kepada beberapa perlumbaan roda dua yang lain. Berbekalkan pengalaman dalam dunia perlumbaan Michelin mengorak langkah mengimplementasikan teknologi yang dimiliki ke dalam produk tayar bagi kegunaan industri motosikal.

Terbaru, Michelin membangunkan dua rangkaian produk jentera beroda dua khas untuk pasaran Asean iaitu Pilot Street Radial dan Pilot Street.

Asia Tenggara berpotensi muncul sebagai pasaran paling cepat berkembang di dunia tidak lama lagi.

Setiap produk tayar berjenama Michelin memenuhi standard yang ditetapkan Michelin sendiri iaitu, keselamatan, tahan lama, dan jimat minyak.

Apollo Tyres

Apollo Tyres, pengeluar utama tayar India, memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan barisan tayar kenderaan komersil sempena Ekspo Bas, Trak dan Komponen 2013 di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan baru-baru ini.

Kemasukan produk Apollo Tyres ke Malaysia adalah sebahagian tumpuannya ke atas rantau Asean, apabila mengumumkan Bangkok sebagai hab Aseannya. Kami memiliki kepakaran dalam pelbagai jenis tayar, servis dan latihan yang diperlukan bagi membolehkan pemilik kenderaan memaksimumkan prestasi.

Walaupun fokus kami dalam tayar radial trak untuk pasaran Malaysia, kami juga memperkenalkan beberapa saiz tayar lapis silang untuk industri pembalakan dan perlombongan, selain barisan tayar kenderaan penumpang.

Asean menyumbang 40 peratus kepada jumlah eksport India. Di Malaysia, Apollo Tyres Ltd mahu memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk tayar trak, hasil Program Transformasi Ekonomi (ETP), dan projek infrastruktur besar yang dimulakan menerusi program ini.

ETP menyediakan rangsangan kepada ekonomi Malaysia dan syarikat yang menjalin usaha sama dalam fasa pertumbuhan ini.

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Fat burning food