Published On: Fri, Jun 7th, 2013

Soo Wincci Sanggup Jadi Pelacur di Pusat Karaoke Mewah?

Bukan sengaja cerita ini direka-reka, tetapi hal ini diakui sendiri oleh Soo Wincci. Namun bekas Ratu Malaysia Dunia 2008/2009 ini punya sebab tersediri mengapa dia melakukan pekerjaan tersebut. Bukan dia sengaja menjerumuskan diri dalam kegiatan itu, tetapi kata penyanyi dan pelakon yang semakin puya rama peminat Melayu dan juga peminat di Taiwan ini, apa yang dilakukan kerana terpaksa. Tapi kenapa?

Soo Wincci Sanggup Jadi Pelacur di Pusat Karaoke Mewah?

Kredit foto Faisol Mustafa

Sebenarnya, itu antara inisiatif Wincci bagi ‘mendapatkan’ jiwa seorang pelacur sebelum dia masuk ke set filem Sindiket. Saat membaca skrip, dia sudah dapat merasakan yang watak Jean sangat mencabar kewibawaannya sebagai pelakon juga seorang figura umum yang bernama Soo Wincci.

Justeru demi menghidupkan watak mak ayam dalam filem arahan Bade Haji Azmi itu, Wincci memberitahu dia melakukan beberapa homework terlebih dahulu. Antaranya dia sanggup menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke di sekitar Kuala Lumpur.

“Watak ni memang mencabar bagi saya. Sebab kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang lari jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Tetapi kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam.

“Jadi saya beritahu kawan saya yang saya nak pergi ke tempat seperti di jalan Chow Kit yang memang kita tahu ada kegiatan sebegitu di sana. Saya boleh lah lihat sendiri cara golongan itu bekerja dan suasana tempat itu. Tapi kawan saya kata di sana sudah kurang kegiatan-kegiatan macam tu. Jadi kawan saya cadangkan saya pergi ke KTV (pusat karaoke) tapi kita cari KTV-KTV yang high class lah.

“Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat homework ni betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan-kawan lelaki saya, saya suruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil homework itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah”, jelasnya kepada Malaysian Digest.com ketika dihubungi baru-baru ini.

Filem Sindiket telah bermula penggambarannya di Kundasang, Sabah sejak 6 Jun lalu. Mengetengahkan isu Pemerdangan Manusia atau ‘Human Trafficking’, filem aksi yang menelan kos sebanyak RM3 juta ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.

Pertama kali melibatkan diri dalam lakonan filem Berbahasa Malaysia, Wincci berkata itu yang membuatkan dia teruja dan tidak berfikir panjang saat ditawarkan oleh Bade. Malah dia sanggup bercuti dari menjalankan aktiviti seninya di Taiwan selama sebulan setengah bagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap penggambaran filem ini.

Dalam pada itu Wincci berharap watak kali ini dapat memberi kesan yang positif terhadap karier lakonannya. Malah dia sudah bersedia untuk menerima kritikan, kelak.

“Walaupun ini kali pertama bawa watak seperti itu, tapi secara jujurnya saya amat teruja untuk lakukannya. Saya akan gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan memperbaiki lakonan saya pada tahap yang lebih baik. Dan mengharapkan masyarakat dapat menerima lakonan saya. Saya sudah bersedia dan pada saya, saya lebih suka kritikan daripada pujian,” katanya.

Perkembangan lain, Wincci turut memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya di Taiwan dan akan tampil dengan album keduanya di sana. Pun begitu dia tidak meupakan kariernya di Malaysia. Selepas single pertamanya, Musim Asmara mendapat sambutan peminat tempatan, Wincci bakal tampil dengan album penuh pada Ogos ini. -mD

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Google+