Published On: Fri, Oct 4th, 2013

Sekreteriat Bebas Muflis, nasib individu muflis bakal terbela

Lazada Malaysia

Sekreteriat Bebas Muflis, Nasib individu muflis bakal terbela

Datuk Sohaimi Shahadan

SUNGAI BULOH – Nasib individu yang menjadi pemiutang dan diisytiharkan muflis bakal terbela dengan pelancaran Sekreteriat Bebas Muflis yang ditubuhkan bagi membantu dan memberi perhatian kepada golongan ini.

Penubuhan sektretariat berkenaan diharapkan dapat membantu 245,000 individu di negara ini yang telah diisytiharkan muflis supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, mengikut rekod Jabatan Insolvensi, antara punca utama kes-kes muflis adalah disebabkan oleh hutang perjanjian sewa beli, hutang pinjaman peribadi, hutang pinjaman perumahan, dan hutang-hutang lain membabitkan pinjaman perniagaan dan sebagai penjamin.

“Sebahagian besar yang diisytiharkan muflis adalah melibatkan golongan muda di bawah umur 40 tahun dan perkara ini adalah sangat memeranjatkan,” katanya pada sidang media pelancaran sekretariat itu, semalam.

Menurut beliau, Akta Kebangkrapan 1967 yang ketat menyebabkan ramai golongan belia menjadi muflis dan lebih menyedihkan, golongan ini seolah-olah tidak mendapat peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

Sohaimi berkata, jika tiada langkah pencegahan diambil, golongan belia khasnya yang muflis akibat berhutang dikhuatiri akan mencecah 120,000 orang menjelang 2020.

“Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia akan mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti utama negara,” katanya.

Mengenai penubuhan sekretariat berkenaan, Sohaimi berkata, ia akan menjadi menjadi platfom bantuan dan menyelaras urusan individu muflis dengan Jabatan Insolvensi.

Menurut Sohaimi, pihaknya akan membantu dalam mengumpulkan segala maklumat mengenai pihak berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Insolvensi.

“Seperti yang kita sedia maklum, banyak kes-kes yang masih belum diselesaikan dan dengan penubuhan badan ini, individu yang muflis juga akan diberikan khidmat nasihat berhubung situasi yang berlaku,” katanya.

Menurut Sohaimi, usul yang dikemukan beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2012 turut mendapat perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menggulungkan perbahasan pada hari terakhir perhimpunan.

Sementara itu, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata, individu yang muflis diharap agar dapat tampil ke hadapan dan memberi segala maklumat kepada pihaknya dalam usaha bagi menyelesaikan permasalahan itu.

“Seketeriat tidak berjanji dapat menyelesaikan permasalahan tersebut 100 peratus, namun kami berusaha yang sebaik mungkin dengan menggunakan rangkaian yang ada,” katanya.-sinarharian

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>