Published On: Wed, Mar 27th, 2013

Mual hidu bau busuk tiap hari, kata penduduk dari Kampung Kedai Dua dan Taman Kurau Lestari

Keadaan sistem perparitan sawah padi penduduk yang tercemar akibat pembuangan sisa kumbahan oleh kilang tersebut.

Keadaan sistem perparitan sawah padi penduduk yang tercemar akibat pembuangan sisa kumbahan oleh kilang tersebut.

KUALA KURAU – Lebih 30 penduduk dari Kampung Kedai Dua dan Taman Kurau Lestari, di sini mengadu tidak tahan bau busuk didakwa berpunca daripada kilang memproses makanan ikan yang menjalankan operasi perniagaan meragukan sejak pertengahan tahun lalu.

Wakil penduduk yang hanya dikenali sebagai Najman berkata, bau busuk yang mengganggu penduduk sejak tahun lalu bukan sahaja membataskan aktiviti seharian mereka, malah menyebabkan kehadiran lalat terutama selepas waktu hujan.

Menurutnya, penduduk mengenal pasti bau busuk yang terhasil dari kilang itu berpunca daripada penggunaan kepala ayam yang diperap pemiliknya sehingga melebihi seminggu bagi membolehkan ia menjadi baja.

“Baja yang terhasil daripada kepala ayam itu digunakan pemilik kedai untuk menyuburkan tanaman kiambang di beberapa kolam belakang premisnya, sekali gus membolehkan kiambang itu diproses menjadi makanan ikan kelak.

“Apabila kepala ayam diperap itu dikeluarkan dari tongnya, bau yang amat busuk akan melanda rumah kami bermula kilang beroperasi sehingga waktu petang.

“Bau busuk itu bukan sahaja menyebabkan kami sekeluarga tidak lalu makan, malah mengundang kehadiran lalat sekali gus mengancam kesihatan kami,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Kedai Dua, di sini semalam.

Najman berkata, selain masalah bau busuk, tindakan tidak bertanggungjawab pengurusan kilang itu membuang sisa kumbahan ke parit berhampiran turut mengundang kebimbangan berlakunya kerosakan tanaman padi yang diusahakan penduduk.

Menurutnya, keadaan parit tercemar yang digunakan sebagai sistem pengairan sawah padi bakal mengundang kehadiran makhluk perosak dan sebagainya.

“Perkara ini sudah diadukan kepada pihak berkenaan, namun tiada tindakan susulan diambil.

“Penduduk sendiri sudah mengadukan perkara ini kepada pemilik premis kilang supaya mencari jalan menyelesaikan masalah bau busuk, namun tiada sebarang penambahbaikan dibuat,” katanya.

Najman turut menggesa Majlis Daerah Kerian (MDK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) meninjau sendiri keadaan kebersihan premis kilang berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya operasi kilang itu terbukti menyalahi peraturan.

“Saya mewakili penduduk berharap perkara ini akan diselesaikan segera demi keselesaan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari ketika ditemui menegaskan pihaknya prihatin dengan masalah penduduk dan berjanji akan mengetengahkan perkara berkenaan ke pengetahuan pihak bertanggungjawab dengan segera.

Sumber –sinarharian

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Google+