Published On: Wed, Aug 7th, 2013

Kuan Yew: Kuasa milik orang Melayu, tiada beza BN atau Pakatan

Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew (gambar) berpesan kepada mereka yang mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) dalam membentuk dimensi baru hubungan antara kaum di Malaysia.

Kuan Yew: Kuasa milik orang Melayu, tiada beza BN atau Pakatan

Adakah PR mampu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dengan merampas Putrajaya?

Membincangkan hal itu, peluang parti pembangkang untuk berkuasa adalah satu kisah yang panjang.

Tidak lupa juga kemelut dalaman parti komponen dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP.

Beliau melabelkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kumpulan yang suka mengambil kesempatan dan mempunyai gambaran yang kurang jelas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kelemahan dalam PR bukan sesuatu yang mengejutkan kepada pemerhati politik malah kepada pemimpinnya sendiri seperti Lim Kit Siang dan Anwar.

Biarpun pernah berlaku perselisihan faham di antara kerajaan Malaysia dan Singapura, kerajaan PAP Singapura lebih selesa berhubung dengan BN dari konteks pelaburan yang telah terjalin sejak empat dekad dalam pelbagai peringkat.

Agak mengejutkan, Lee mengenepikan PR. Katanya dalam sebuah buku yang dilancarkan semalam “One Man’s View of The World” sambil menambah asalkan PR tidak menguasai Putrajaya dan tidak melaksanakan polisi pelbagai kaumnya, “Apabila berdepan dengan masalah, PR tidak dapat lari dari slogan ketuanan Melayu.

Penipuan disebarkan dan di situlah bemulanya permasalahan dalaman. “Jika benar PR ingin melakukan perubahan, PAS sebuah parti Islam meskipun tidak memegang kerusi majoriti dalam Pakatan, sekurang-kurangnya mereka boleh berunding untuk berkongsi kuasa yang dapat mengukuhkan lagi PR.

Dalam usaha itu, PAS boleh memberi tekanan kepada Umno sebagaimana mereka sedang ditampar hebat oleh orang Melayu sendiri,” katanya.

PR memenangi 89 kerusi Parlimen pada Piihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menafikan penguasaan dua pertiga BN bagi penggal kedua berturut-turut.

PR juga mengukuhkan kuasa dengan merampas dua negeri gergasi ekonomi Selangor dan Pulau Pinang serta memperoleh undi popular 51 peratus.

Salah satu isu yang ditekankan dalam manifesto PR ialah pengagihan hasil negara secara saksama.

Anwar dan pemimpin pembangkang lain menolak polisi yang diperkenalkan kerajaan kerana keuntungan polisi itu akan kembali kepada ahli kanan Umno dan keluarga mereka. – 7 Ogos 2013.-TMI

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>