Published On: Wed, May 29th, 2013

Cubaan pecah rumah gagal

Penjenayah gagal memecah masuk rumah mangsa walaupun sudah merosakkan pintu apabila terdapat kesan umpil.

Penjenayah gagal memecah masuk rumah mangsa walaupun sudah merosakkan pintu apabila terdapat kesan umpil.

MARANG – Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila cubaan mereka untuk memasuki sebuah rumah di Jalan Muhibbah, Alor Tuman dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin gagal, walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Lebih malang, aksi sekumpulan penjenayah terdiri daripada tiga lelaki itu berjaya dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pemilik rumah berkenaan sebelum ahli keluarga mangsa terbabit menyedari rumah itu cuba dipecah masuk empat jam kemudian.

Kehadiran dua penjenayah yang dirakam CCTV yang diletakkan di bahagian belakang rumah mangsa di Jalan Muhibbah, Alor Tuman.

Kehadiran dua penjenayah yang dirakam CCTV yang diletakkan di bahagian belakang rumah mangsa di Jalan Muhibbah, Alor Tuman.

Mangsa, Azhar Muda, 44, berkata, dia hanya mengetahui ada cubaan memecah masuk rumahnya itu pada jam 7 pagi apabila isterinya, Fatimah Sham Yaacob, 42, menghadapi kesukaran untuk membuka pintu rumah.

“Saya kemudiannya keluar untuk membuat pemeriksaan dari luar rumah dan mendapati pintu gelongsor telah dirosakkan apabila terdapat kesan umpil pada pintu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini, semalam.

Berikutan itu, Azhar membuat pemeriksaan dengan melihat semula rakaman CCTV sebelum mendapati sekumpulan tiga lelaki termasuk salah seorang daripada mereka memegang senjata di tangan dipercayai pisau berlegar-legar di luar rumah.

“Rakaman itu menunjukkan ia berlaku sekitar jam 3 pagi. Saya terkejut apabila melihat semula rakaman itu kerana lima anak saya berumur 14, 12, 9, dan 6 tahun serta yang bongsu berumur 3 tahun tidur di ruang tamu rumah.

“Mereka lima beradik tidur betul-betul berhadapan pintu utama rumah yang telah dirosakkan sekumpulan penjenayah terbabit,” katanya yang sudah menetap di Jalan Muhibbah, Alor Tuman itu sejak lima tahun lalu.

Azhar bersyukur kerana kumpulan penjenayah itu gagal untuk memasuki rumahnya kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku menimpa keluarganya, lebih-lebih lagi anaknya.

Mangsa yang juga seorang peniaga kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Marang dan Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil dan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marang menerusi talian 09- 6182222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

-Sinaran

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>