Published On: Thu, May 16th, 2013

Bayi berkepala besar dibedah

 

Bayi berkepala besar dibedah

Bayi berkepala besar dibedah

NEW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar.

Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi.

Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal.

Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India.

Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi.

Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma.

Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya.

Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm).

Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm.

Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam.

Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya.

Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu.

Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan.

Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis.

Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan.

Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan.

– Agensi

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. Malaysia Edition also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of Malaysia Edition.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Fat burning food